Wednesday, December 3, 2008

wahai rakan-rakan sekalian..renungkan kata-kata di bawah

# Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
# Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
# Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
# Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
# Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
# Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
# Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
# Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
# Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
# Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
# Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
# Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
# Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
# Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
# Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
# Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
# Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.

0 comments:


 

Blog Template by Adam Every. Sponsored by Business Web Hosting Reviews